THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

About Me

15 Februari 2009

Yang Berlalu Biarkan Berlalu...

     Setiap kali kesunyian menyapa, pasti kenangan lalu akn mengisi kekosongan kotak fikiran. Hasilnya kenangan & kegagalan lalu akan bermain semula seperti wayang di minda. Keresahan dan kekecewan yang sebenarnya sudah pergi singgah kembali dalam hidup yg sememangnya kucar kacir.

    Manusia sememangnya menginginkan kehidupan yg aman, sunyi dari segala permasalahan. Namun bumi mana yg tak ditimpa hujan? Lautan mana yg tak bergelora? Manusia dikurniakan aqal fikiran yg sihat untuk mengatasi pelbagai permasalan yg wujud.

Hairan ya.. Ramai antara kita yg merungsingkan kepala mereka dengan masalah yang remeh temeh, mengeluh kerana kenaikkan harga barangan dapur, menangis semahu-mahunya kerana putus cinta malahan ada yang lebih teruk sanggup membunuh diri kerana tidak mampu menanggung beban yg dipikul.

  Adalah yg sebaiknya kita membiarkan bola dunia itu berada di bawah telapak kaki kita, dengan itu kita dapat megawal keadaan dengan sebaiknya. Jangan lah kita hidup dalam dakapan sejarah lalu atau tidur bersama-sama mimpi ngeri yg bisa memusnahkan hidup anda. Ayuh bangun lah, bangkit lah , keluarlah dari dunia fantasi itu!!!

   Yang lalu biarkan berlalu tak usah dikenang lagi, ambil iktibar dari peristiwa yg anda rasakan pahit itu. Beriktiarlah untuk menjadi lebih baik, nikmatilah setiap saat hidup anda.... Jadikan setiap hari adalah hari terakhir untuk anda bernafas, dengan itu anda pasti akn lebih semangat untuk menikmati hidup dengan penuh keceriaan.... tanpa sempat memikirkan kedukaan lalu....

oleh itu apa yg telah berlaku biarkan ia berlalu..... tak usah bebankan fikiran anda dengan perkara2 yg remeh.. ingat dunia ini hanya sementara... Akhirat juga yg pasti!! SENYUM SLALU......




wa'Allah hu alam.....

 
 

1 comments:

caturist berkata...

Bismilah...

"Yang berlalu biarkan berlalu"... Jangan dibiarkan sahaja... ambil yang baik jadikan pengajaran dan tauladan.

Terima kasih sudi ziarah blog saya.