THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

About Me

28 Februari 2009

aku kah beban mu itu??

aku tahu dier exam...
sebab tuh aku x sms dier...

sebab dah lama x mesej
aku terus kol...
coz aku rindu...
tapi dier cam tak layan...
busy ke dier??
mungkin....

15 Februari 2009

terima kasih CATURIST

 
puas hati sangat!!!! tutorial yg diberikan oleh CATURIST memang bermanfaat... ;)

Yang Berlalu Biarkan Berlalu...

     Setiap kali kesunyian menyapa, pasti kenangan lalu akn mengisi kekosongan kotak fikiran. Hasilnya kenangan & kegagalan lalu akan bermain semula seperti wayang di minda. Keresahan dan kekecewan yang sebenarnya sudah pergi singgah kembali dalam hidup yg sememangnya kucar kacir.

    Manusia sememangnya menginginkan kehidupan yg aman, sunyi dari segala permasalahan. Namun bumi mana yg tak ditimpa hujan? Lautan mana yg tak bergelora? Manusia dikurniakan aqal fikiran yg sihat untuk mengatasi pelbagai permasalan yg wujud.

Hairan ya.. Ramai antara kita yg merungsingkan kepala mereka dengan masalah yang remeh temeh, mengeluh kerana kenaikkan harga barangan dapur, menangis semahu-mahunya kerana putus cinta malahan ada yang lebih teruk sanggup membunuh diri kerana tidak mampu menanggung beban yg dipikul.

  Adalah yg sebaiknya kita membiarkan bola dunia itu berada di bawah telapak kaki kita, dengan itu kita dapat megawal keadaan dengan sebaiknya. Jangan lah kita hidup dalam dakapan sejarah lalu atau tidur bersama-sama mimpi ngeri yg bisa memusnahkan hidup anda. Ayuh bangun lah, bangkit lah , keluarlah dari dunia fantasi itu!!!

   Yang lalu biarkan berlalu tak usah dikenang lagi, ambil iktibar dari peristiwa yg anda rasakan pahit itu. Beriktiarlah untuk menjadi lebih baik, nikmatilah setiap saat hidup anda.... Jadikan setiap hari adalah hari terakhir untuk anda bernafas, dengan itu anda pasti akn lebih semangat untuk menikmati hidup dengan penuh keceriaan.... tanpa sempat memikirkan kedukaan lalu....

oleh itu apa yg telah berlaku biarkan ia berlalu..... tak usah bebankan fikiran anda dengan perkara2 yg remeh.. ingat dunia ini hanya sementara... Akhirat juga yg pasti!! SENYUM SLALU......




wa'Allah hu alam.....

 
 

14 Februari 2009

Islamic Hijri Calendar

13 Februari 2009

PUisi CinTa UntUK pUTeRA

  Di saat cinta menyapa, tiada seorang pun yang dapat menolak kehadirannya...
  Di saat hati mula dibelenggu rindu, pasti tiada seorang pun yg dapat menahannya...

Rasa sayang aku kepada putera itu adalah kerana AGAMAnya,
Rasa cinta aku kepada putera itu kerana AKHLAKnya.

  Ketika rindu asyik memangil-mangil namanya,
  Ku rendahkan kepala dan merapatkan dahi di atas bumi...

Aku merayu kepada Maha Pencipta,
Agar memberi kekuatan kepada ku,
kerana aku tahu BUKAN MUDAH  untuk mendidik NAFSU liar ini.

  Ya Allah,
Jika benar kau telah tetapkan jodoh kami bersama,
Aku menerima seadanya,
Jika kau menghantarnya untuk menguji ku,
Aku berharap agar KAU membimbing ku Ya Rahim..

semuanya aku berserah kepada mu
Ya Allah,
Peliharalah ikatan cinta kami ini......

putera...
aku merindui mu.....

08 Februari 2009

memori...

Alhamdulilah sekali lagi aku merasai nikmat keseronokkan . Mungkin bukan dengan kekasih, tetapi ianya amat membahagiakan aku. Teman baik aku Mohd Hakim Edris , terima kasih bebanyak sebab meningalkan secebis memori kepada aku sebelum meneruskan perjuagan ke German minggu depan.

hurm so,hakim thanks again ok!!!! Aku happy sangat dapat spend time dengan ko hari nie....