“Ia boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan.Ia boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.Ia boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.Ia boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan.Ia boleh membelikan anda kedudukan, tetapi bukan penghormatan.Ia boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan.Ia boleh membelikan anda darah, tetapi bukan nyawa.”
About Me
28 Ogos 2009
apa DUIT boleh buat dan apa DUIT tak boleh buat
Posted by Cik Rena Puspita at 8/28/2009 01:41:00 PTG 0 comments
05 Ogos 2009
MY bEsdAy
wah sedar x sedar aku dah pun masuk 18 tahun pada 23 Julai yg lepas... wahhh giler dah tua aku ni....
hummm taun ni sambut besday sedih sikit sebab xda member terapat disisi....
mmg windu giler kat derang tapi nk bt apa.... semua dah bawa haluan memasing pas SPM... uhuk uhuk
Posted by Cik Rena Puspita at 8/05/2009 01:17:00 PG 0 comments
14 Jun 2009
KHIDMAT NEGARA
alhamdulilah akhirnya tamat juga latihan khidmat negara yg telah aku jalani hampir 3 bulan....
banyak juga ilmu yg aku pelajari selama aku di sana.
bukan senang untuk mencari manusia yg boleh di gelar kawan. selama aku di KEM tasoH beseri... banyak pengalaman hidup yg boleh aku kutip untuk dijadikan panduan pada masa depan dan aku semakin sedar yg semakin canggih dan maju dunia kita semakin rendah lah akhlak anak remaja kita... duduk satu dorm dgn ank2 melayu yg kurang didikan agama benar2 mencabar keteguhan iman aku... aqu mengaku, aku sendiri melakukan kesilapan pada masa laalu. Alhamdulilah cepat2 Allah sedarkan aku dari terus hanyut dengan keseronokkan yg membinasakan diri ini.
semoga kesilapan lalu tidak lagi terulang......
dalam kelas pembinaan karakter aku semakin mengenali diri aku, aku rupanya lebih daripada apa yg aku sangkakan.... ternyata aku punya POWER yg aku sendiri tak penah sedari... kekuatan yg ada dalam diri ini tidak pernah aku gunakan.... hingga lah aku di tasoh baru aku tahu tahap diri aku yg sebenarnya....
pendirian aku juga semakin kuat, aku tidak mudah termakan pujuk rayu macam dulu lagi... mungkin kenkadang aku lemah... tapi itu hanya untuk sementara... dan ketika aku disana baru aku tahu yg aku ni sebenarnyer bukan saja comei tapi juga cantik!!! hahahaha bukan nk puji diri sendiri! ternyata masih ada manusia yg melihat dengan mata hati dan bukan nya dengan pandangan nafsu semata-mata!! kecacatan ini tidak menghalang aku untuk di sayangi!
terima kaseh kepada mereka yg meyokong aku yg menghulurkan bantuan kepada aku selama aku berada di tasoh beseri!!! LOVE U !!! MUaxxx
Posted by Cik Rena Puspita at 6/14/2009 05:53:00 PTG 1 comments
28 Februari 2009
aku kah beban mu itu??
aku tahu dier exam...
sebab tuh aku x sms dier...
sebab dah lama x mesej
aku terus kol...
coz aku rindu...
tapi dier cam tak layan...
busy ke dier??
mungkin....
Posted by Cik Rena Puspita at 2/28/2009 10:55:00 PTG 1 comments
Labels: ....
15 Februari 2009
Yang Berlalu Biarkan Berlalu...
Setiap kali kesunyian menyapa, pasti kenangan lalu akn mengisi kekosongan kotak fikiran. Hasilnya kenangan & kegagalan lalu akan bermain semula seperti wayang di minda. Keresahan dan kekecewan yang sebenarnya sudah pergi singgah kembali dalam hidup yg sememangnya kucar kacir.
Manusia sememangnya menginginkan kehidupan yg aman, sunyi dari segala permasalahan. Namun bumi mana yg tak ditimpa hujan? Lautan mana yg tak bergelora? Manusia dikurniakan aqal fikiran yg sihat untuk mengatasi pelbagai permasalan yg wujud.
Hairan ya.. Ramai antara kita yg merungsingkan kepala mereka dengan masalah yang remeh temeh, mengeluh kerana kenaikkan harga barangan dapur, menangis semahu-mahunya kerana putus cinta malahan ada yang lebih teruk sanggup membunuh diri kerana tidak mampu menanggung beban yg dipikul.
Adalah yg sebaiknya kita membiarkan bola dunia itu berada di bawah telapak kaki kita, dengan itu kita dapat megawal keadaan dengan sebaiknya. Jangan lah kita hidup dalam dakapan sejarah lalu atau tidur bersama-sama mimpi ngeri yg bisa memusnahkan hidup anda. Ayuh bangun lah, bangkit lah , keluarlah dari dunia fantasi itu!!!
Yang lalu biarkan berlalu tak usah dikenang lagi, ambil iktibar dari peristiwa yg anda rasakan pahit itu. Beriktiarlah untuk menjadi lebih baik, nikmatilah setiap saat hidup anda.... Jadikan setiap hari adalah hari terakhir untuk anda bernafas, dengan itu anda pasti akn lebih semangat untuk menikmati hidup dengan penuh keceriaan.... tanpa sempat memikirkan kedukaan lalu....
oleh itu apa yg telah berlaku biarkan ia berlalu..... tak usah bebankan fikiran anda dengan perkara2 yg remeh.. ingat dunia ini hanya sementara... Akhirat juga yg pasti!! SENYUM SLALU......
wa'Allah hu alam.....
Posted by Cik Rena Puspita at 2/15/2009 01:00:00 PG 1 comments
Labels: sejarah....
14 Februari 2009
13 Februari 2009
PUisi CinTa UntUK pUTeRA
Di saat cinta menyapa, tiada seorang pun yang dapat menolak kehadirannya...
Di saat hati mula dibelenggu rindu, pasti tiada seorang pun yg dapat menahannya...
Rasa sayang aku kepada putera itu adalah kerana AGAMAnya,
Rasa cinta aku kepada putera itu kerana AKHLAKnya.
Ketika rindu asyik memangil-mangil namanya,
Ku rendahkan kepala dan merapatkan dahi di atas bumi...
Aku merayu kepada Maha Pencipta,
Agar memberi kekuatan kepada ku,
kerana aku tahu BUKAN MUDAH untuk mendidik NAFSU liar ini.
Ya Allah,
Jika benar kau telah tetapkan jodoh kami bersama,
Aku menerima seadanya,
Jika kau menghantarnya untuk menguji ku,
Aku berharap agar KAU membimbing ku Ya Rahim..
semuanya aku berserah kepada mu
Ya Allah,
Peliharalah ikatan cinta kami ini......
putera...
aku merindui mu.....
Posted by Cik Rena Puspita at 2/13/2009 10:57:00 PTG 0 comments